4.25.2009

Alat Tetasan Ayam atau Inkubator


SEKILAS MENGENAI PENETASAN TELUR

Guna Mesin Tetas

Penggunaan mesin tetas adalah merupakan satu langkah bijak dalam meningkatkan lagi pengeluaran telur selain dan dapat menjimatkan kos pembelian benih anak ayam yang mahal (RM2.50 hingga RM3.70 untuk umur seminggu) serta lebih ekonomi berbanding eraman secara semulajadi .

Mesin tetasan ini boleh didapati dari pasaran secara mudah dan harganya boleh mencecah hingga ribuan ringgit bergantung kepada aksoseri yang terdapat pada peralatan tersebut (manual,separa auto atau fully auto),saiz alat tetasan dan sebagainya.

Peratusan tetasan juga adalah berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor antaranya :

1. Kualiti Baka ayam yang digunakan

2.Kualiti alat tetasan/eraman tersebut

3.Cara-cara telur disimpan (bilik dan suhu yang sesuai) dan cara pengurusan telur (Human Factor)

4.Dan sebagainya



4.21.2009

Selesainya Masalah Lalat dan Bau Busuk Punca dari Tinja Ayam dengan EM-1


Penggunaan EM-1 telah terbukti dapat mengurangkan masalah bau busuk dari tinja ayam serta masalah lalat .Selain dari itu penggunaan EM-1 dapat mempercepatkan penguraian / pereputan sisa buangan organik dan berupaya merencatkan / menghapuskan pembiakan bakteria parasit.

Semua air yang digunakan untuk EM-1 mestilah air bersih ( bebas klorin ).Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.

Cara-cara Penggunaan EM :-

1.Semburan pada luar dan dalam reban
2.Air minuman
3.Makanan
4.Tempat pijak atau tempat tidur
5.Rawatan kolam takungan najis

Sumber maklumat dari Institut Kemajuan Ternakan Ayam, Johor Bahru & Jabatan Veterinar Sepang,Selangor Darul Ehsan.

4.10.2009

Persediaan Awal Sebelum Kemasukan Anak Ayam Ke Ladang Ternakan

Persediaan awal sebelum kemasukkan anak ayam ke reban antaranya adalah seperti yang berikut di bawah :-
1.Bekas minuman yang mencukupi
2.Bekas makanan yang mencukupi
3.Lampu/mentol yang mencukupi
4.Lapik/alas yang bersesuaian (surat khabar,serbuk papan,pasir
dsbnya
5.Ubat-ubatan dsbnya

Anti Stress (Nopestress) hendaklah diberikan kepada anak ayam yang baru sampai ke ladang terlebih dahulu. Selepas 30 minit baru makanan diberikan. Anti stress juga digunakan ketika perlu seperti :
1. Waktu cuaca melampau - hujan lebat,cuaca terlalu panas
2. Apabila jenis makanan ditukar - starter ke grower, grower ke finisher dsbnya.
3. Waktu anak ayam dipindahkan ke reban lain dsbnya.

Posted by Picasa

4.09.2009

Reban Induk R5 dalam Pembinaan April 09


Untuk menempatkan 21 ekor ayam (1 jantan dewasa dan 10 ~ 20 ekor ayam betina). Ayam betina akan mula bertelur pada umur 6 bulan dan kadar pengeluaran telur seekor ayam adalah diantara 40 ke 100 biji setahun.

3.29.2009

Angsa Untuk Tempahan












Angsa berumur antara 1 ~ 2 bulan .
Berwarna kelabu
Tinggi antara 1.5 ~ 2.0 kaki.
Sesuai untuk menjaga kawasan kebun terutamanya untuk kawasan ternakan
Harga mampu milik hanya RM200 sepasang.

3.24.2009

Papan Tanda Ke Ladang Ayamku




Papan Tanda ke Ladang Ayamku


Papan Tanda ni Di Pasang Di Jalan Utama menghala ke Kajang & Bangi Lama- D bawah Jejantas (Masjid Kg Jenderam Hilir, Dengkil,Sepang,Selangor Darul Ehsan).

3.22.2009

Umur Ayam PH1A - 7 minggu


Secara purata berat ayam PH1A sudah mencecah 850 ~ 900gm pada umur ni.Pada umur ni purata makanan yang diambil ialah antara 60 ~ 70gm sehari. Insyakallah pertengahan bulan April ayamku dijangka akan mencecah berat 1kg ke atas dan oleh jual. HUBUNGI saya d 019-2755065 @ 019-3569890 UNTUK TEMPAHAN

3.17.2009

Reban Ke 4 Dalam Pembinaan - Mac 09


Kerja pemasangan bumbung sedang dijalankan. Reban ini dijangkakan akan siap selewat-lewatnya hujung minggu ni 22 Mac 2009. Cadangan ayam sebanyak 500 ekor akan dilepaskan didalam reban ini pada bulan April 2009.Insyakallah

3.09.2009

Pondok Pelawat & Kawasan Lepak


Pelawat hanya boleh lepak kat kawasan ni aje ....kawasan berpagar hanya untuk ayam-ayam dan pekerja saje..(bio-security) ini untuk tujuan pencegahan penyakit. Kawasan ni agak sesuai kerana redup dan luas. Bila durian dah gugur nanti bolehlah lepak makan kat pondok ni.

3.06.2009

Ayam berumur 24 hari


Makanan habis!!!!!!!!pada usia ni anggaran makanan sehari adalah 30~35gm/hari dan purata berat setiap ekor dalam lingkungan 300~310gm.

3.02.2009

Rumah Panjang - Anak Ayam


Perinduk atau Reban Anak Ayam 2 tingkat - untuk anak ayam yang berumur 0 ~ 21 hari ditempatkan. 2 biji mentol digunakan setiap tingkat untuk tujuan pemanasan anak ayam terutamanya pada waktu malam dan ketika cuaca sejuk, hujan dsbnya. Setiap tingkat boleh memuatkan 100 ekor anak ayam.

Lokasi Projek Februari 2008


Reban R2 dan R3 siap dibina pada Januari 2009. Dianggarkan boleh memuatkan ayam dewasa sebanyak 400 ekor bagi setiap reban. Sesuai kerana terletak ditepi pokok besar dan terlindung dari sinaran matahari. Ayam dewasa suka lepak di bawah reban ni bila waktu tengahari.

Lokasi Projek Disember 2008

Minggu Pertama (Disember 2008) Berada di Tapak Projek Ayam Kampung d Kg Jenderam Hilir, Dengkil, Sepang Selangor Darul Ehsan. Tapak lokasi dipilih berdasarkan kedudukannya yang agak jauh dari rumah kediaman dan d kelilingi oleh kemudahan asas infrastruktur seperti jalan bertar, bekalan air & bekalan elektrik. Selain dari itu kebun ini dipenuhi dengan pokok-pokok buahan seperti durian, rambutan, pulasan dan sebagainya keadaan ini adalah sesuai untuk ternakan ayam kampung (redup) .

3.01.2009

Ayam Kampung Fasa Pertama 28Feb09














Ayam fasa pertama berpindah ke reban R2 pada 28 Februari 2009 . Umur anak ayam 3 minggu (21 hari) berat purata anak ayam 170 gm.

Ayam Kampung Fasa Pertama






Jumlah ternakan untuk fasa pertama sebanyak 200 ekor berumur 1 minggu. Tarikh mula ternak 14 Februari 2009. Berat purata anak ayam pada 14hb Februari 2009 adalah 50gm Dijangka akan mula dijual pada pertengahan bulan Mei 2009. Pada peringkat permulaan anak ayam di tempatkan ke reban anak ayam (perinduk) sehingga berumur 21 hari. Ayam akan dipindahkan ke reban besar selepas berumur 21 hari.